Latar Belakang PPDa SMK Bintulu
Program
Pndidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di SMK Bintulu bermula pada Tahun 2010 dengan
kewujudan satu sudut maklumat PPDa di dalam Bilik Bimbingan dan Kaunseling.
Semua guru bimbingan dan kaunseling (GBK) terlibat sebagai Jawatankuasa PPDa
untuk menguruskan sudut maklumat PPDa tersebut. Sudut tersebut pada mulanya dilengkapi
dengan maklumat dan informasi berkaitan dengan penyalahgunaan dadah. Pelbagai
risalah berkenaan dengan dadah turut disediakan oleh GBK agar pelajar yang
berkunjung ke bilik kaunseling boleh mendapatkan maklumat dan menyebarkan
kepada rakan-rakan yang lain.
|
|
Program
PPDa di SMK Bintulu mula bergerak aktif pada tahun 2012. Pelbagai aktiviti
telah dilaksanakan bagi menyebarkan maklumat dengan lebih luas. Antaranya seperti
pemasangan poster-poster benci dadah di sekitar kawasan sekolah, Program PPDa
merentas kurikulum, program ceramah anti-dadah dan sebagainya.
Pada
tahun 2013, pihak pentadbiran sekolah telah bercadang untuk memperkembangkan lagi
sudut maklumat PPDa di laluan utama pergerakkan pelajar datang dan balik
sekolah iaitu laluan berbumbung dari depan bilik kaunseling ke arah Dewan
Cenderawasih SMK Bintulu dengan pemasangan tiga papan kenyataan di laluan
tersebut bagi tujuan penyebaran maklumat PPDa. Kos pemasangan papan kenyataan
tersebut mencecah RM3,000 hasil daripada tabung Unit Bimbingan dan Kaunseling
yang terkumpul daripada pelbagai aktiviti seperti sumbangan pihak IPTS melalui
Program Pameran Kerjaya dan jualan semasa hari sukan sekolah.
|
Pada
tahun 2016, tuan pengetua SMK Bintulu Encik Ananthan A/L Subramaniam telah
mencetuskan idea untuk memperkembangkan lagi sudut maklumat PPDa yang sedia ada
dengan mewujudkan laluan PPDa di SMK Bintulu. Puan Siti Rohani Binti Harun yang
juga merupakan Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling pada masa itu telah
dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras bagi aktiviti tersebut. Mesyuarat Khas telah diadakan
bersama dengan semua Ketua Panitia yang terlibat sebagai AJK PPDa bagi
merancang aktiviti tersebut.
Hasil kerjasama daripada AJK PPDa dan semua guru, kerja-kerja menaiktaraf
telah mula dibuat dengan mewujudkan sudut-sudut atau zon-zon Dadah, Alkohol,
Rokok, Inhalan dan HIV & AIDS (DARIH) di sekitar kawasan sekolah. Pihak
sekolah juga telah mendapat sokongan kewangan daripada PIBG, NGO dan
badan-badan korporat dalam melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf laluan PPDa di
SMK Bintulu.
Diharapkan dengan usaha-usaha yang dilakukan dalam Program PPDa di SMK
Bintulu ini bukan sahaja dapat mencapai objektif yang disarankan oleh KPM
tetapi juga meningkatkan kesedaran pelajar-pelajar sekolah tentang bahaya DARIH
dan berkeupayaan menjauhi diri daripada terlibat dalam DARIH.